Epistimologi ilmu dalam Islam : asas falsafah pengurusan ilmu dan maklumat / Yaacob Yusoff Awang and Mohd Zafian Mohd Zawawi

Abstract

Artikel ini cuba menyorot aspek epistimologi (salah satu dari aspek falsafah) dalam konteks dan kaitannya dengan pengurusan maklumat dan ilmu. la akan menyentuh beberapa persoalan seperti aspek takrif dan kosmologi ilmu dan maklumat sebagaimana dipersepsikan oleh kedua-dua tradisi Barat dan Islam. Ini disusuli dengan persoalan sumber ilmu dan maklumat, jenis-jenis, hairarki serta konsep kewajipan belajar dalam konteks pendidikan. Dengan asas-asas itu, artikel ini menyusul untuk melihat bagaimana ciri-ciri penting profesionalisme dalam pengurusan maklumat dari perspektif keagamaan. Tradisi Islam dikemukakan bersama analisis temporal (semasa) dari sudut pengurusan tersebut. Beberapa jalan keluar dari kemelut isu semasa dicadangkan dengan mengambil kira teori semasa dalam pengurusan maklumat itu. Artikel ini diharap boleh memperkukuhkan tradisi ilmu dan maklumat yang memungkinkan pengurusannya membantu pencapaian status kebijaksanaan (wisdom) bagi seseorang pemilik maklumat dan ilmu

    Similar works