Kemahiran keusahawanan di dalam pendidikan teknik dan vokasional

Abstract

Pendidikan Keusahawanan penting di dalam merangsang pertumbuhan ekonomi Negara. Pendidikan keusahawanan membantu pelajar menguasai kemahiran keusahawanan. Kemahiran keusahawanan merujuk kepada aktiviti-aktiviti pengetahuan praktikal untuk menubuhkan dan menjalankan sesebuah perniagaan sehingga berjaya.Terdapat tiga elemen di dalam kemahiran keusahawanan iaitu kemahiran peribadi, kemahiran pengurusan dan kemahiran peribadi. Pengajaran dan pembelajaran mengikut teori atau model di dalam pendidikan keusahawanan membantu memberi panduan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kea rah memperolehi output atau hasil yang diharapkan. Kemahiran keusahawanan dianggap penting untuk pendidikan teknik dan vokasional di dalam menghasilkan pelajar yang berkemahiran di dalam bidang keusahawanan dan seterusnya membantu mencapai matlamat Negara untuk mencapai ekonomi yang mantap

    Similar works