research

Analisis kesalahan dalam menyelesaikan operasi penambahan dan penolakan pecahan dalam kalangan murid tahun empat

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk melaporkan jenis kesalahan yang dilakukan oleh murid tahun 4 semasa menyelesaikan masalah penambahan dan penolakan pecahan. Bagi tujuan tersebut, analisis jalan kerja dan jawapan murid bagi empat jenis masalah pecahan akan dibincangkan. Dapatan kajian mengenal pasti bahawa kesalahan miskonsepsi merupakan kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh murid terutamanya dalam operasi penolakan pecahan berbeza penyebut (70%) dan dalam operasi penambahan pecahan berbeza penyebut (60%). Peratusan kesalahan miskonsepsi yang tinggi menunjukkan bahawa murid tidak menguasai konsep asas pecahan dan mereka cenderung untuk menggunakan konsep operasi nombor bulat dalam melaksanakan operasi penambahan dan penolakan pecahan

    Similar works