thesis

Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2009

Abstract

PRPI 2009 kini telah memasuki tahun penganjurannya yang ke-7. Pameran penyelidikan di UPM telah bermula sejak tahun 1997 semasa Exhibition & Seminar Harnessing for Industry Advantage. Pada tahun 2002, Pameran Reka Cipta dan Penyelidikan (PRP) buat pertama kali telah diadakan dengan menggunakan konsep pertandingan hasil projek penyelidikan yang telah dijalankan oleh para penyelidik UPM. Kejayaan penganjuran PRP 2002 telah merintis usaha untuk menjadikannya sebagai aktiviti tahunan UPM dan ianya terus berkembang sejajar dengan nama baharunya yang ditukar kepada Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi yang bermula penganjurannya pada tahun 2005. Sebagai kesinambungan daripada kejayaan penganjuran PRPI 2006, 2007 dan 2008 yang lalu dan status UPM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan, PRPI 2009 kali ini yang merupakan pameran penyelidikan yang terbesar di UPM terus dilaksanakan dengan aspirasi dan semangat yang lebih jitu. Pameran ini juga menjadi pelantar kepada para penyelidik untuk mengenengahkan hasil penyelidikan yang dijalankan dan penemuan baharu kepada umum. Di samping itu ianya juga menjadi penanda aras terhadap kualiti sesuatu projek penyelidikan bagi melayakkan para penyelidik UPM untuk menyertai pameran di peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa. Adalah diharapkan pelaksanaan PRPI 2009 ini akan dapat menyemarakkan budaya penyelidikan di kalangan staf dan juga pelajar UPM sekaligus menjadikan UPM sebagai Universiti Penyelidikan yang cemerlang di negara ini

    Similar works