research

Persepsi terhadap pertanian dikalangan beliatani dan keperluan pendidikan pertanian

Abstract

Golongan beliatani yang produktif, kreatif, imaginatif serta mempunyai daya saing tinggi amat diharapkan di dalam komuniti tani negara Malaysia. Objektif umum kajian ini ialah untuk mengetahui status terkini mengenai pandangan, keperluan dan persediaan belia untuk menceburkan diri di dalam sektor pertanian. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi belia-belia terhadap pertanian dan mengenalpasti keperluan dan kesediaan para belia terhadap program pendidikan pertanian yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun swasta. Di dalam kajian ini juga, pengkaji beranggapan bahawa kategori, peringkat belia yang berbeza dan pembabitan secara terus atau tidak di dalam pertanian akan member jawapan dan pendapat yang berbeza yang mana ini akan memberi satu hasil penyelidikan atau panduan yang baik mengenai belia dan program pendidikan pertanian. Seramai 92.2 peratus responden berpendapat bahawa pertanian adalah pekerjaan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan jika diusahakan dengan betul. Manakala 81.6 peratus responden pula berpendapat bahawa ia merupakan sektor yang berpotensi untuk dimajukan. Seramai 95.7 peratus responden pula menyatakan persetujuan bahawa perlunya pengajaran ilmu pengetahuan mengenai pertanian dan manfaatnya semasa di peringkat kecil lagi diberikan bagi menarik minat serta mendorong mereka menganggap bahawa pertanian itu penting

    Similar works