research article

Analisis Perbahasan 13 Sifat Wajib Bagi Allah Swt Menurut Tuan Guru Abdullah Lubok Tapah Dalam Persediaan Bagi Sekalian Mukallaf: Analysis On The Discussion Of 13 Attributes Of Allah Swt According To Tuan Guru Abdullah Lubok Tapah In Persediaan Bagi Sekalian Mukallaf

Abstract

Tuan Guru Haji Abdullah bin Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubok Tapah merupakan seorang ulama Melayu yang sangat masyhur dan berpengaruh di negeri Kelantan. Sehingga kini terdapat beberapa penulisan tentang beliau yang berkait latar belakang kehidupan dan biografi beliau. Walaubagaimanapun tidak banyak kajian yang telah dilakukan berkaitan pemikiran dan penulisan beliau. Artikel ini akan menumpukan kepada aspek ini iaitu dengan menumpukan kepada pemikiran beliau melalui kitab beliau yang bertajuk Risalah Persediaan Bagi Sekalian Mukallaf. Kajian ini bersifat kualitatif iaitu menumpukan kepada latar belakang tokoh, latar belakang intelektual, sumbangannya kepada masyarakat, pengenalan kepada kitabnya dan pemikiran beliau. Hasil kajian mendapati metod Tuan Guru Abdullah Lubok Tapah dalam menerangkan 7 Sifat Maʿānī dipengaruhi oleh Bākūrah al-Amānī karya gurunya Syeikh Ismāʿīl bin ʿAbd al-Qādir al-Faṭānī (w. 1965M) yang menggunakan imbuhan awalan “pe” dalam menerjemahkan 7 sifat itu ke Bahasa Melayu. Beliau juga turut menggunakan istilah ‘sengoti’ untuk memudahkan pembacanya dalam memahami sifat-sifat ini. Hasil kajian ini dapat dirumuskan bahawa Tuan Guru Abdullah Lubok Tapah merupakan seorang tokoh dalam bidang akidah dan Ilmu Kalam yang dibuktikan oleh huraian dan penerangannya dalam kitab Risalah Persediaan bagi Sekalian Mukallaf. Beliau juga mahir dalam ilmu mantik dan juga seorang yang banyak beramal kerana kitab ini juga menyenaraikan beberapa doa-doa amalan yang memberikan ciri unik kepada kitab ini. Tuan Guru Haji Abdullah bin Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubok Tapah was a renowned and influential Muslim Malay scholar in Malaysia state of Kelantan. So far, there have been some writings that solely focus on his background and biography, but very little, if not none, research has been done on his thoughts and writings. This article then will shed some light on his thoughts through his book titled Risalah Persediaan bagi Sekalian Mukallaf. This research implements a qualitative method that contains the figure’s background, intellectual background, contributions to society, introduction to the book and lastly his thoughts. The researchers find that Tuan Guru Abdullah Lubok Tapah was influenced by his teacher, Shaykh Ismāʿīl bin ʿAbd al-Qādir al-Faṭānī’s Bākūrah al-Amānī in expounding the 7 Maʿānī  attributes of Allah SWT that uses “pe” prefix in translating it to Malay. The scholar also employ ‘sengoti’ terminology in further explaining the attributes. It can be concluded that Tuan Guru Abdullah Lubok Tapah was a prominent figure in the field of ʿaqīdah and kalām as can be seen from the discussions and explanations in his book. He was also versed in manṭiq and very pious considering that his book also lists some beneficial prayers that can be practiced by its readers which gives the book a unique feature not usually found in other works that are in the same field

    Similar works