Sosialisasi Organisasi Melalui Pementoran di Perpustakaan USM

Abstract

Pementoran merupakan elemen penting dalam proses sosialisasi organisasi namun ia bukan suatu konsep baharu dalam pengurusan sumber manusia mana-mana organisasi. Walaupun pementoran jarang dibincangkan, namun terdapat pelaksanaan secara tidak formal dalam persekitaran perpustakaan akademik Malaysia. Perpustakaan Hamdan Tahir, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini melaksanakan program pementoran untuk menyokong inisiatif peningkatan kemahiran dan sebagai proses penyesuaian staf yang baharu dipindahkan ke jabatan baharu hasil penstrukturan fungsi Perpustakaan. Pandemik Covid-19 semakin mengukuhkan lagi kepentingan program ini kerana kakitangan perlu bekerja secara bebas dari rumah atau dari pejabat pada gilirannya. Penulisan ini menerangkan tentang program pementoran, manfaatnya kepada Perpustakaan dan mengapa program ini harus diperbaiki dan diteruskan sebagai sebahagian daripada program latihan dalaman bagi meningkatkan pengembangan kompetensi staf perpustakaan untuk mengatasi perubahan dalam persekitaran perpustakaan akademi

    Similar works