Kemampuan Dan Kepuasan Penyewa Di Perumahan Awam DanKaitannya Dengan Tunggakan Sewa

Abstract

Seringkali apabila tunggakan sewa berlaku ianya dikaitkan dengan masalah kemampuan yang dihadapi penyewa dan juga disebabkan faktor pengurusan yang lemah. Ada pula yang mengatakan bahawa tunggakan sewa yang berlaku adalah disebabkan faktor kepuasan terhadap perumahan yang rendah. Bagi merungkai kepada permasalahan ini beberapa objektif telah dibentuk: 1) mengkaji punca-punca yang menyebabkan berlakunya tunggakan sewa; 2) mengkaji hubungan faktor kemampuan dan kaitannya dengan tunggakan sewa; 3a) mengkaji hubungan faktor kepuasan terhadap perumahan dan kaitannya dengan tunggakan sewa dan 3b) mengkaji perbezaan kepuasan terhadap perumahan antara penyewa yang tidak mempunyai tunggakan sewa dengan penyewa yang mempunyai tunggakan sewa

    Similar works