Aplikasi Model Ruangan Dalam Kajian Corak Pengundian Di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian aplikasi sistem maklumat geografi dan pilihan raya. Matlamat utama kajian ialah untuk mengaplikasikan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan pilihan raya dalam membentuk sebuah model ruangan pengundian di wilayah utara yang terdiri daripada empat buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kajian ini telah menunjukkan potensi tiga gabungan bidang iaitu GIS, statistik dan pilihan raya dalam pembentukan model pengundian. Pembentukan model corak pengundian telah dilakukan dengan mengintegrasikan teknik GIS dan kaedah regresi logistik

    Similar works