Brahminy Kite (Haliastur indus) atau Helang Merah adalah haiwan yang dilindungi sepenuhnya di Semenanjung Malaysia. Merujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 1992, populasi helang ini mulai berkurangan kerana kemusnahan habitatnya. Penyelidikan tentang taburan Helang Merah, kriteria pemilihan sarang, dan perlakuan, baik di kawasan terganggu (Pulau Pinang) mahupun kurang terganggu (Hutan Simpan Paya Bakau Matang, Kuala Sepetang, Perak) penting untuk dijalankan dalam memastikan usaha pemuliharaaan yang berkesan ke atas spesies ini terutama di Malaysia.
Brahminy Kite (Haliastur indus) or Helang Merah is known as a totally protected bird in Peninsular Malaysia. Department of Wildlife and National Parks (1992) reported that their numbers are decreasing due to the destruction of their native habitat. For ensuring good management conservation of this species in Malaysia, the distribution, nest-site selection, and behaviors of Braminy Kite in both disturbed and less disturbed area should be studied