research

Penilaian Program Latihan Khidmat Negara Dari Perspektif Pelatih: Satu Kajian Kes (Evaluation Of The National Service Training Program From The Perspective Of A Trainee: A Case Study)

Abstract

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Malaysia telah bermula pada tahun 2004 iaitu selepas dipersetujui di Parlimen Malaysia. Antara objektif program tersebut ialah meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk keharmonian kaum dan integrasi kebangsaan, membentuk perwatakan positif melalui nilai moral, menanam semangat kesukarelaan dan membentuk golongan muda yang aktif dari aspek fizikal, mental dan berkeyakinan diri. Kajian ini dijalankan untuk menilai program tersebut dari perspektif pelatih yang menghadiri PLKN sebelum, semasa dan selepas menghadiri program tersebut. Data daripada kajian ini tidak boleh digeneralisasikan disebabkan oleh penggunaan kaedah kualitatif tetapi memberikan insight yang mendalam khasnya kepada masyarakat dan pihak yang terlibat dengan PLKN

    Similar works