research

Kesan Penggunaan Perisian Kursus (Courseware) Dengan Peta Konsep Terhadap Pencapaian Pelajar (The Effect Of Using Courseware With Concept Map On Student's Achievement)

Abstract

Dalam kajian ini, keberkesanan penggunaan peta konsep dalam perisian kursus telah diselidiki. Perisian ini digunakan dalam pengajaran tajuk "Lambaian Kaabah" bagi mata pelajaran pengetahuan Agama Islam Tingkatan empat. Sampel terdiri daripada 82 orang murid Tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang. Terdapat 39 orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 43 orang murid dalam kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan perisian kursus yang mengandungi peta konsep. Kumpulan kawalan pula diajar dengan menggunakan perisian kursus yang tidak mengandungi peta konsep. Pengajaran telah dilaksanakan bagi lima sesi pengajaran. Ujian ANCOVA digunakan untuk menentukan kesan signifkan ujian pos. Skor min kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada skor min kumpulan kawalan. Ujian-t sampel berpasangan digunakan untuk analisis data bagi soalan kajian kedua. Skor min bagi peta konsep ujian pos lebih tinggi daripada skor min peta konsep ujian pra. Kajian ini mencadangkan bahawa perisian kursus yang mengandungi peta konsep adalah berkesan untuk pengajaran tajuk ini

    Similar works