research

Hubungan Kualiti Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah Dengan Efikasi Guru (The Relationship Between Quality Teaching And Learning Supervision With Teachers’ Efficacy)

Abstract

Artikel ini membincangkan hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dengan efikasi guru. Dalam konteks kajian ini, elemen kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran didukung oleh tiga faktor iaitu, faktor pengetahuan, kemahiran interpersonal, dan kemahiran teknikal. Kajian-kajian lampau membuktikan bahawa ketiga-tiga faktor ini memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan penyeliaan pengajaran yang dijalankan dalam usaha membantu meningkatkan tahap efikasi guru. Oleh itu, satu kajian kolerasi secara telah dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Kajian yang dijalankan terhadap 856 orang guru sekolah menengah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kualiti penyeliaan pengajaran dengan efikasi guru. Selain itu, didapati bentuk penyeliaan berupaya mempengaruhi hubungan di antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Kesimpulannya, penyeliaan yang berkualiti akan berupaya meningkatkan efikasi guru dan begitu juga sebaliknya

    Similar works