Kertas ini dirangka untuk meneliti evolusi gatekeeping dalam industri kewartawanan dengan
adanya Internet. Gatekeeping didefinisikan sebagai 'regime of control' kerana menentukan
kandungan (apa) yang memasuki bilik berita dan disebarkan kepada sirkulasi. Bagaimanapun
peralihan kewartawanan tradisional (televisyen, radio & bahan bercetak) kepada kewartawanan
atas talian telah memberi ruang kepada pengguna media baru untuk melaporkan kejadian
setempat menerusi ruangan media sosial. Fenomena ini mengundang perdebatan ke atas
‘peranan dan kuasa’ gatekeeping dalam kewartawanan atas talian kerana penyebaran maklumat
melalui platform sosial tidak melalui proses gatekeeping sepertimana dijalankan oleh media
tradisional. Ini kerana media tradisional mengkhususkan bidang tugas editor atau penyunting
bagi mengawal pengaliran maklumat kepada awam. Namun begitu, hujahan sarjana seperti
Livingstone & Benett (2003); Singer (2008) menyatakan kemajuan teknologi tidak menjejaskan
sebarang proses gatekeeping ke atas maklumat yang disebarkan atas talian. Pernyataan ini
membuktikan evolusi gatekeeping seiring dengan kemajuan yang dicapai dalam dunia
kewartawanan dan kerelevanan proses gatekeeping dalam kewartawanan atas talian. Kajian ini
mengetengahkan hujahan sarjana komunikasi dan melihat perbandingan antara model teori
Gatekeeping (tradisional) dan Network Gatekeeping Theory (NGT) untuk meneliti evolusi
gatekeeping