research

Inovasi Pendidikan Bertunjangkan Implimentasi Teknologi Dalam Blended Teaching

Abstract

Penulisan ini memberi fokus kepada penyelidikan serta penekanan bagi penambahbaikan ke atas kepenggunaan inovasi pendidikan dalam Implimentasi Teknologi dalam karya penulisan Adziah Aziz (2014a) yang bertajuk ‘The Awareness of Blended Teaching In Malaysian Educational Institution’ yang perlu diberi keutamaan dalam perkongsian ilmu di antara para pendidik, guru, ibubapa, karyawan dan masyarakat. Mengapa? Kerana kehadiran inovasi pendidikan dalam mempertingkatkan lagi penguasaan pelajar dalam pembelajaran yakni Pembelajaran abad ke 21 amat digalakkan di mana pelajar akan mengalami satu proses input yang merangsang perkembangan minda dan kreativiti dalam pelbagai kemahiran. Kajian ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian serta pengenalan ke atas pelbagai implimentasi teknologi pengajaran dalam ‘Blended Teaching’ yang dinyatakan dalam hasil kajian dan tuntasnya, ia adalah teknologi pembelajaran yang memperkembangkan kecerdasan dan kemahiran berfikir dalam memperkasakan nilai intrinsik dan ekstrinsik agar pembelajaran dicapai secara berinovasi sementelah ilmu perlu sentiasa ditambah dan searus dengan teknologi agar perkembangan potensi manusia dipandu ke arah yang lebih positif

    Similar works