Rekabentuk merupakan satu bidang seni yang dapat membantu dalam
membuat penambahbaikan dan menghasilkan sesuatu produk mengikut keperluan
masyarakat hari ini. Keunikan adat dan budaya masyarakat Melayu di Malaysia
mempunyai elemen yang menarik sehingga menjadi satu identiti kepada masyarakat
tersebut. Dalam kajian ini, rekabentuk dilihat sebagai satu medium yang penting
dalam mengekalkan adat dan budaya masyarakat Melayu yang makan
menggunakan tangan dan hal ini merupakan satu nilai budaya yang unik. Adat
makan merupakan salah satu adat yang seringkali diasosiasikan dengan masyarakat
Melayu, malah ianya turut menjadi salah satu identiti yang unik dan masih
dipraktikkan hingga ke hari ini.
Berdasarkan kajian, set pinggan mangkuk yang berada di pasaran hari ini
tidak sesuai untuk digunakan bagi hidangan yang menggunakan tangan, di mana
masyarakat Melayu terpaksa mengadaptasikan penggunaan set pinggan mangkuk
yang terdapat di pasaran yang kebanyakannya direka mengikut rekabentuk dan
citarasa Barat. Justeru itu, kajian ini telah meneroka dan menganalisa rekabentuk
dan penggunaan set pinggan mangkuk yang bersesuaian dengan adat makan
masyarakat Melayu bagi mengekalkan keunikan adat tempatan ini. Di atas
kesedaran itu, satu set pinggan mangkuk yang sesuai dengan keunikan budaya
makan masyarakat Melayu turut dicadangkan melalui proses rekabentu