research

Tokoh dan lnstitusi Pendidikan Islam di Pulau Pinang

Abstract

Kedudukan Pulau Pinang sebagai pusat perdagangan yang penting sejak abad ke-18 turut membuka laluan kepada perkembangan dalam aspek sosial di negeri itu. Masyarakat pelbagai kaum hadir dengan amalan sosiobudaya masing-masing dan berlumba-lumba mencari "ruang" untuk menempatkan diri dalam kumpulan yang lebih besar. Masyarakat Melayu tidak terkecuali dalam persaingan ini. Namun, agak menarik, tanpa kehadiran sultan sebagai kuasa tertinggi agama sebagaimana negeri-negeri Melayu lain, masyarakat Melayu di negeri itu mempunyai banyak ruang untuk membentuk acuan dan identiti mereka yang tersendiri, termasuk dalam hal-hal pendidikan

    Similar works