unknown

Masakan tradisional dan komposisi nutrien ikan air tawar di Homestay Kg Batu Ring, Beng, Lenggong, Perak; untuk pembangunan dan kesejahteraan pelancongan lestari

Abstract

Konsep pembangunan pelancongan lestari menekankan keprihatinan penggunaan sumber, iaitu pemuliharaan sumber budaya (termasuk warisan) dan alam sekitar (Wanhill, 1997; Mowrorth dan Munt 1998). Makanan tradisonal sesebuah tempat, negeri atau negara merupakan sumber warisan yang seharusnya dipelihara daripada satu generasi kepada generasi yang lain. la juga seharusnya dipekenalkan kepada pe1ancong. Tambahan, apabila berada di sesebuah destinasi pelancongan, setiap pelancong memerlukan makanan dan minuman. Makanan dan minuman adalah salah satu elemen yang penting bagi sesebuah destinasi pelancongan. Mengikut Farzad (2011), salah satu faktor utama dalam pemilihan tempat pelancongan oleh pelancong ialah makanan. Makanan tradisional atau tempatan memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan dan meningkatkan daya tarikan sesebuah rantau atau tempat (Skinner, 2002; Van Westering; Poria dan Liapis, 2000)

    Similar works