Pengurusan konflik dalam kalangan atlet sukan berprestasi tinggi

Abstract

Konflik merupakan suatu elemen dalam kehidupan manusia, sama ada dalaman atau luaran diri manusia tersebut.Ia tercetus disebabkan seseorang itu mempunyai kemahuan dan harapan yang sering bercanggah dengan orang lain.Ini juga boleh berlaku dalam bidang sukan.Sukan berprestasi tinggi adalah merujuk sukan yang berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, sebelum atlet-atlet ini mencapai kejayaan dalam sukan yang mereka ceburi, lumrahnya mereka boleh terjebak dalam konflik diri secara individu atau secara berpasukan.Konflik yang sering dihadapi oleh atlet sukan berprestasi tinggi adalah tekanan.Tekanan atau stress adalah kehendak-kehendak fizikal, mental atau emosi yang boleh mengganggu tubuh badan serta memberi kesan ke atas kesejahteraan hidup manusia.Isu pengurusan konflik sangat penting dalam aspek persembahan atlet, kerana ini akan menentukan berjaya atau gagal atlet di medan pertandingan.Konflik menjadikan seseorang individu berfikiran lebih matang dan rasional dalam sebarang tindakan yang dilakukan.Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan tentang pengurusan konflik dalam diri atlet sukan berprestasi tinggi dari segi pelbagai aspek dan sudut pandangan.Kajian-kajian yang pernah dijalankan membuktikan bahawa pengurusan konflik dalam kalangan atlet adalah penting kerana aspek ini turut menyumbang kepada kemenangan dan peningkatan keyakinan diri yang dapat mereka aplikasikan apabila menceburi alam pekerjaan.Cadangan kertas kerja ini mungkin dapat menyumbang kepada satu dasar kerajaan bagi menjamin kejayaan negara dalam bidang sukan di peringkat antarabangsa

    Similar works