Program tranformasi luar bandar: Pendidikan dan pelaksanaan amalan kitar semula di Kampung Jeruju Kedah

Abstract

Alam sekitar merupakan sumber yang amat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup.Oleh itu, penjagaan dan pemuliharaannya perlulah menjadi agenda dan amalan penduduk di bandar dan luar bandar. Kertas kerja ini membincangkan pelaksanaan program transformasi luar bandar bagi memupuk amalan kitar semula dikalangan masyarakat di luar bandar. Matlamat kajian ini adalah untuk, mengkaji tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat kampung tentang pentingnya menjaga alam sekitar serta kesan program peningkatan ilmu mengenai amalan kitar semula ini terhadap amalan kitar semula di kalangan penduduk luar bandar.Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes yang mengambil Kampung Kuala Jerlun sebagai kes kajian. Hasil pelaksanaan program ini, data dari kaji selidik menunjukkan bahawa keinginan untuk melaksanakan amalan kitar semula di kalangan masyarakat adalah lebih tinggi.Selain itu, program tersebut juga telah meningkatkan pengetahuan penduduk mengenali kaedah amalan kitar semula yang betul di semua lapisan penduduk termasuk kanak-kanak

    Similar works