Tahap penglibatan komuniti kejiranan FRIM dalam program pemuliharaan FRIM sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menilai tahap penglibatan komuniti setempat dalam program pemuliharaan Tapak Warisan Kebangsaan FRIM dalam penglibatan umum serta empat peringkat penglibatan iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan perkongsian faedah.Seramai 600 responden wakil isi rumah telah dipilih secara rawak dari kalangan penempatan komuniti yang berhampiran dengan persekitaran Tapak Warisan Kebangsaan FRIM. Maklumat kajian dikumpul melalui temu bual dari rumah ke rumah menggunakan borang soal selidik dan dianalisis melalui aplikasi perisian SPSS. Skor min bagi tahap penglibatan komuniti ditentukan dengan menggunakan Kaedah Skala Likert.Hasil kajian menunjukkan penglibatan umum komuniti setempat dalam aktiviti yang dianjurkan FRIM berada pada tahap yang rendah dengan nilai skor min iaitu 1.18. Manakala penglibatan komuniti dalam empat peringkat penglibatan yang lain turut menunjukkan keputusan julat skor min antara 1- 2.33 iaitu tahap penglibatan yang rendah. Antara faktor yang telah dikenalpasti mempengaruhi penglibatan komuniti adalah kesedaran tentang faedah program, keinginan melihat sumber alam, peranan individu dalam program, sikap dan personaliti individu tersebut.Kertas kerja ini diharap dapat memberikan maklumat asas kepada FRIM bagi merangka program untuk meningkatkan penyertaan komuniti dalam pemuliharaan FRIM kearah pengiktirafan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia

    Similar works