Cabaran dalam melaksanakan teknologi maklumat dan
komunikasi: analisis kes persekitaran pembelajaran Maya-Frog serta strategi untuk melestarikan penggunaan google classroom dalam kalangan guru
Selari dengan kehendak pendidikan abad ke-21, Malaysia telah menjadi salah sebuah negara yang menerima kesan secara langsung akibat perkembangan ICT di sekolah yang berlaku secara pesat di seluruh dunia. Sejak beberapa tahun yang lalu, beberapa inisiatif telah diambil, termasuklah dengan melaksanakan pelantar VLE sebagai langkah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Terkini, pelaksanaan VLE di sekolah-sekolah di Malaysia telah memasuki fasa berikutnya yang mana perkhidmatan Frog VLE telah ditamatkan dan digantikan dengan Google Classroom. Namun begitu, peralihan ini masih gagal menghilangkan kerisauan dalam kalangan guru memandangkan
statistik lampau menunjukkan kadar penggunaan pelantar Frog VLE yang sangat rendah, berpunca daripada beberapa kelemahan dan cabaran yang gagal ditangani dengan baik semasa pelaksanaannya. Oleh itu, artikel ini membincangkan cabarancabaran dalam melaksanakan inisiatif ICT, terutamanya dalam konteks pendidikan di peringkat sekolah. Seterusnya, satu draf pelan strategik untuk melaksanakan Google Classroom di sekolah
yang dibina berdasarkan Model Kejayaan VLE telah dicadangkan. Pelan strategik ini diharapkan akan membantu pelaksanaan Google Classroom di sekolah, sekaligus memacu penggunaan pelantar VLE yang lestari dalam kalangan guru