Hak selebriti di era digital: penguatkuasaan di bawah undang-undang Malaysia

Abstract

Selebriti bermaksud menjadi terkenal. Golongan selebriti juga merangkumi sesiapa sahaja yang menarik perhatian awam termasuk pelakon, penulis, ahli politik, peragawan, ahli sukan, pemuzik, penyanyi, personaliti televisyen, eksekutif perniagaan. Kertas kerja ini membincangkan hak dan perlindungan undang-undang terhadap selebriti dalam era digital. Sebagai contoh, hak selebriti untuk hidup, reputasi, maruah serta identiti (termasuk nama dan imej). Dapatan akhir merumuskan bahawa tidak terdapat undang-undang khusus untuk melindungi hak selebriti di Malaysia. Secara kesimpulannya, hak selebriti boleh dikuatkuasakan menerusi beberapa cabang undangundang sedia ada seperti undang-undang harta intelek, undang-undang berkaitan privasi dan undang-undang siber

    Similar works