research

Iklim sekolah dan komitmen guru di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Kelantan

Abstract

Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia.Artikel ini bertujuan untuk mengetahui tahap iklim sekolah dan komitmen guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Kelantan.Artikel ini penting kerana kedua-dua variabel terlibat adalah merupakan aset utama danterkandung dalam anjakan keempat PPPM 2013-2025. Sebanyak 9 buah sekolah telah dipilih secara rawak dari 3 daerah iaitu daerah Kota Bharu, Pasir Mas, dan Tanah Merah.Seramai 217 responden terlibat dalam menjawab soal selidik yang diedarkan, dari jumlah populasi seramai 497 orang. Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah analisis yang terdapat dalam program Statistical Package For The Social Sciences (SPSS).Instrumen yang digunakan dalam artikel ini adalah instrumen iklim sekolah, School level environment Questionnaire (SLEQ) yang dibina oleh Johnson, Steven & Zvoch (2007) manakala instrumen komitmen guru ini telah dibuat adaptasi oleh Lei Mee, Thien, Nordin dan Ramayah (2014). Dapatan artikel ini menunjukkan tahap komitmen dan iklim sekolah berada pada tahap yang tinggi serta terdapatnya hubungan yang kuat antara iklim sekolah dengan komitmen guru SABK di negeri Kelantan.Adalah diharapkan hasil artikel ini dapat digunakan sebagai rujukan khususnya kepada para pentadbir sekolah ke arah meningkatkan pencapaian, keberkesanan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Kualiti pentadbiran dan pengurusan sekolah perlu sentiasa dikaji, diteliti dan ditingkatkan demi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan untuk menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bertaraf dunia

    Similar works