research

Penggunaan strategi pembelajaran bahasa untuk menguasai kemahiran membaca dalam kalangan murid pemulihan khas

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan strategi pembelajaran bahasa berasaskan kemahiran membaca dalam kalangan murid Pemulihan Khas. Seorang guru Bahasa Melayu dan enam orang murid Pemulihan Khas dipilih sebagai peserta dalam penyelidikan ini.Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian multicase single site.Data diperoleh melalui analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual.Data pemerhatian dan temu bual ditranskrip bagi memperoleh tema, diuruskan dengan menggunakan perisian Nvivo8.Kesahan data dilakukan secara memeriksa kesan penyelidik, triangulasi pelbagai sumber data, dan bertaklimat dengan rakan sejawat dan pengesahan daripada peserta kajian.Kebolehpercayaan data diperoleh melalui audit trail. Hasil kajian menunjukkan strategi pembelajaran bahasa (SPB) berasaskan kemahiran membaca menggunakan sama ada pendekatan, kaedah, dan teknik (a) abjad, (b) sebutan suku kata dan dan bacaan perkataan bermakna, (c) latih tubi, (d) sifir bahasa, (e) bacaan berfokus, (f) Visual Audio Kinesthetic Tactile (VAKT), dan (g) rakam dan tayang, diaplikasikan oleh peserta kajian bagi menyelesaikan masalah penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid Pemulihan Khas. Kajian ini telah menyumbang kepada pendidikan Pemulihan Khas dalam penguasaan kemahiran Bahasa Melayu melalui strategi pembelajaan bahasa berasaskan kemahiran membaca

    Similar works