Tahap kesediaan peserta Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam kecenderungan menceburi keusahawanan di Kolej Komuniti Negeri Johor

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi peserta program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bidang Pastri terhadap tahap kesediaan dalam kecenderungan menceburi keusahawanan di kolej komuniti negeri Johor. Aspek tahap kesediaan yang di kaji adalah pengetahuan, minat, dorongan dan kebolehan peserta program PSH yang mengunakan persampelan rawak mudah. Sampel kajian ini terdiri daripada 236 responden dari peserta program PSH bidang Pastri. Reka bentuk kajian adalah tinjauan yang mengunakan pendekatan kuantitatif di analisis mengunakan analisis deskriptif dan inferensi di mana analisis data dilakukan dalam bentuk min, frekuensi,peratusan dan mengunakan analisis ujian Kruskal Wallis dan ujian Kolerasi Spearman untuk mencari perbezaan dan hubungan dengan menggunakan perisian SPSS versi 21.0. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan nilai alpha cronbach adalah 0.93 yang menunjukkan bahawa kebolehpercayaan soal selidik diterima. Hasil dapatan kajian tahap kesedian peserta program PSH untuk pengetahuan keusahawanan berada pada tahap sederhana tinggi iaitu 3.67. Manakala, dari segi kesediaan minat keusahawanan berada pada tahap tinggi iaitu 4.13, kesediaan dorongan keusahawanan berada pada tahap tinggi ialah 4.13 dan kesediaan kebolehan keusahawanan berada pada tahap sederhana tinggi iaitu 3.88. Bagi aspek perbezaan antara tahap kesediaan dengan umur peserta program PSH keputusan menunjukkan bahawa nilai asymp.sig 0.397 lebih daripada 0.05. Maka, keputusan ujian adalah “tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan kepada usahawan dengan umur peserta program PSH”. Bagi aspek untuk menentukan hubungan antara kesediaan dan kecenderungan hasil dapatan menunjukkan bahawa hubungan antara kesediaan keusahawanan dengan kecenderungan peserta program PSH dalam menceburi bidang keusahawanan pada aras hubungan sederhana iaitu r: 0.511. Oleh itu, hubungan dikenalpasti adalah“terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kesediaan keusahawanan dengan kecenderungan”

    Similar works