research

Al-Quran dan Fizik

Abstract

Fizik ialah ilmu yang merangkumi astrofizik; fizik atom, molekul dan optik; fizik zarah dan fizik jisim termampat. Antara aspek perbincangan bidang fizik ialah pembahagian atom, pengiraan kelajuan cahaya, penentuan kalendar, teori pengembangan alam, dan pantulan cahaya bulan. Terdapat juga kajian mengenai matahari yang berputar kemudian akan mati dan kejadian kepulan asap sebelum galaksi membentuk. Terdapat ayat yang menyuruh manusia membaca dan mengkaji (Murad K., 1985). Allah menyuruh umat-Nya membaca (Surah al-Alaq, 96:1) untuk memperoleh ilmu dalam pelbagai bidang termasuk fizik. Membaca dengan pemahaman serta mengkaji dapat memberitahu manusia apa yang tidak diketahui sebelum ini (Murad K., 1985). Oleh itu, ayat al-Quran dapat memberi petanda-petanda tentang kejadian alam khusunya fizik

    Similar works