Tekno Fobia dan Tekno Stress merupakan satu fenomena yang kian melanda kebanyakan guru khususnya guru Pendidikan Islam terhadap penerimaan teknologi dalam kerjaya dan kehidupan sebagai seorang pendidik. Gejala ini berlaku disebabkan keterbukaan arus teknologi dalam bidang pendidikan yang menyebabkan kebanyakan pendidik tidak mampu untuk bergerak seiring dengannya. Maka hal ini memberi kesan bahawa jurang antara guru Pendidikan Islam dan teknologi semakin melebar sehingga mendatangkan kesan yang tidak dijangka. Oleh yang demikian, kertas kerja ini ingin menjelaskan kepentingan terhadap persediaan pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi dalam mengharungi sistem pendidikan yang semakin canggih dan berteknologi lantas menghindar daripada berlakunya fenomena tekno fobia dan tekno stress di kalangan guru Pendidikan Islam