research

Pandangan Gerakan Islam Liberal Terhadap Hak Asasi Wanita

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui Pandangan Gerakan Islam Liberal terhadap Hak Asasi Wanita. Objektif kajian ini juga mengemukakan sejarah perkembangan gerakan Islam Liberal, mengkaji pandangan gerakan Islam Liberal terhadap Hak Asasi Wanita dan mengetahui pandangan Islam terhadap Hak Asasi Wanita yang diperjuangkan oleh gerakan Islam Liberal. Di antara metodologi yang digunakan untuk mendapakan data bagi kajian ilmiah ini ialah Metode Penentuan Subjek, Metode Pengumpulan Data serta Metode Analisis Data. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa pemikiran Islam Liberal berfungsi untuk membebaskan pemikiran umat Islam yang kononnya kolot dan jumud kepada pemikiran yang lebih moden bersesuaian dengan peningkatan intelektual masyarakat Islam masa kini. Dari aspek luaran, aliran ini seolah-olah memperjuangkan apa yang dituntut oleh syariat Islam, namun pada hakikatnya mereka begitu lantang mempertikai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Mereka juga menjadikan golongan wanita antara sasaran utama dengan menyebarkan isu-isu kontroversi berkenaan wanita dalam dalam usaha meraih pengaruh dari kaum hawa. Jadi dapatan kajian ini telah mengemukakan garis panduan serta hukum-hukum syarak berkaitan dengan isu-isu yang dikontroversikan oleh gerakan ini terhadap wanita berdasarkan dalil al-Quran dan as-Sunnah serta pandangan ulama dan intelektual Islam

    Similar works