research

Amalan Pemakanan Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Sph Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan pemakanan di kalangan pelajar, mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap makanan berkhasiat, mengenal pasti peruntukan kewanganuntuk makanan yang disediakan oleh pelajar, untuk mengetahui hubungan amalan pemakananberdasarkan tahap pencapaian akademik pelajar dan mengenal pasti perbezaan pengetahuan terhadapmakanan berkhasiat antara pelajar lelaki dan perempuan tahun 4 SPH Fakulti Pendidikan UTM.Responden kajian ini melibatkan 110 orang pelajar 4 SPH yang telah dipilih secara rawak mudah.Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan data ialah soal selidik yang mengandungi 57 item.Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik yang digunakan adalah ? = .83. Data yangdiperoleh dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min denganmenggunakan perisian SPSS 11.5 dan seterusnya dipersembahkan dalam bentuk jadual. Kaedah korelasidan ujian-t juga digunakan untuk melihat hubungkait antara pembolehubah. Hasil kajian menunjukkanpelajar tahun 4 SPH berada pada tahap memuaskan dalam amalan pemakanan mereka. Selain itu, didapati tahap pengetahuan pelajar terhadap pemakanan berkhasiat berada pada tahap yang tinggi.Bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan pelajar memperuntukan wang untuk makanan pada tahap yangsederhana sahaja. Kajian turut membuktikan tidak terdapat hubungan yang signifikan amalan pemakanandengan pencapaian akademik pelajar dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantinaterhadap pengetahuan terhadap makanan berkhasiat.Katakunci: amalan pemakanan, makanan berkhasia

    Similar works