research

Pembangunan web E-Pembelajaran menggunakan elemen video dalam topik ‘Work And Energy’ berasaskan teori konstruktivisme sosial

Abstract

Keperluan mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada semua peringkat persekolahan kini semakin mendesak. E-Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar yang terarah kendiri, kadar kendiri dan akses kendiri. Walaubagaimanapun, perkembangan pesat dunia internet pada hari ini mewujudkan aliran baru dalam penyampaian informasi iaitu berbentuk Flash Video yang lebih mudah dan cepat diakses. Projek ini dibangunkan dengan memperkenalkan E-Pembelajaran berasaskan Video On Demand dengan mengekalkan konsep pembelajaran secara Sosial Konstruktivisme. Bahan E-Pembelajaran yang bertajuk “Work and Energy” bagi subjek Fizik Tingkatan Empat ini menyediakan aktiviti pembelajaran secara “Tutorial”, “Video”, “Quiz”, “Forum” dan “Extra Notes” di samping aktiviti tertentu yang membenarkan pengguna berinteraksi secara spontan terhadap bahan pembelajaran. Sistem E-Pembelajaran yang dibangunkan ini membenarkan pengguna untuk berkongsi bahan-bahan berbentuk video dan nota tambahan dengan kawalan pihak pentadbir. EPembelajaran ini diharapkan juga dapat dijadikan bahan bantu mengajar(BBM) yang efektif kepada guru-guru sebagai satu tarikan kepada pelajar untuk lebih meminati subjek fizik

    Similar works