research

Pengaruh nombor pusar ke atas pengurangan emisi NOx dari pembakar berbahan api cecair menggunakan pemusar udara aliran paksi

Abstract

Pemusar udara, selain menstabilkan nyalaan adalah satu bentuk kawalan pasif bagi mengurangkan emisi gas pembakaran. Bahan cemar yang keluar bersama gas ekzos terdiri daripada gas oksida nitrogen (NOx). Gas ini amat merbahaya dan membawa kepada pencemaran udara sekeliling. Penggunaan udara pusar didapati dapat mengurangkan emisi NOx ini. Kekuatan pusaran diukur melalui nilai nombor pusar yang dapat dikira semasa merekabentuk pemusar udara. Kadar emisi ini bergantung kepada sudut pesongan bilah pemusar tersebut. Di dalam kajian ini, pemusar aliran paksi yang mempunyai sudut pesongan 40°, 50°, 60° dan 70° digunakan bagi membuktikan keberkesanan penggunaan pemusar udara aliran paksi ke atas pembakar dan pengaruh nombor pusar dalam mengurangkan emisi dari pembakar. Daripada ujikaji yang dijalankan dapat dilihat semakin tinggi nombor pusar, emisi NO semakin berkurangan. Emisi NOx menurun sebanyak 36% apabila menggunakan pemusar aliran paksi bersudut 70° dibandingkan dengan pemusar aliran paksi bersudut 40°

    Similar works