research

Bimbingan kerjaya menurut perspektif Islam

Abstract

Bekerja merupakan suatu amalan manusia yang disuruh dan dituntut oleh agama Islam. Malah tujuan manusia bekerja ialah untuk mencari sumber rezeki bagi menanggung diri sendiri, kaum keluarga dan membantu orang lain. Bagi melahirkan pekerja Muslim yang profesional, para kaunselor di Malaysia disarankan supaya membimbing para pelajar di sekolah mahupun di Institut Pengajian Tinggi berdasarkan tiga peringkat. Peringkat-peringkat itu ialah peringkat sebelum memilih kerjaya, peringkat semasa melaksanakan kerja dan peringkat selepas menyelesaikan kerja. Dengan memfokuskan tiga peringkat perkembangan ini bakal-bakal pekerja Muslim akan memahami, menyedari dan seterusnya mengamalkan ciri-ciri pekerjaan yang diredhai Allah

    Similar works