E-pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru, malah telah mengalami perkembangan
yang pesat dalam dunia pendidikan. Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif
yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), kerana kaedah ini mampu mewujudkan
pembelajaran secara individu yang akses kendiri. Untuk mendapatkan pendekatan efektif dalam
melaksanakan e-pembelajaran, projek ini telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang
dinamakan MOODLE kerana dianggap sesuai memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip
Konstruktivisme Sosial. Bahan e-pembelajaran bertajuk Photosynthesis memuatkan pelbagai jenis
sumber dan aktiviti pembelajaran berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Bentuk aktiviti yang dihasilkan ialah Lesson, Quiz, Forum, Chat, dan Games. Aktiviti-aktiviti ini
membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru serta mendapat maklum balas secara spontan.
Persekitaran pembelajaran turut dimantapkan dengan grafik dan animasi. Diharapkan agar para
pendidik yang lain dapat meneruskan projek ini agar Moodle dapat dimanfaatkan oleh guru dan
pelajar dengan penuh interaktif.
Katakunci : E-learning, MOODLE, Photosynthesis, KBS