Keterlarutan selulosa, pelarut dan produk selulosa yang dijana semula : suatu ulasan

Abstract

Selulosa ialah polimer semula jadi yang boleh diperbaharui dan biasanya ditemui di dalam dinding sel tumbuhan. Interaksi hidrofobik yang kompleks serta sifat amfifilik menyebabkan ia sukar dilarutkan dan seterusnya membataskan penggunaannya secara menyeluruh. Pemahaman kepada struktur kimia dan fiziknya membolehkan proses pelarutan berlaku dengan penggunaan jenis pelarut yang bersesuaian. Namun, pelarut sedia ada bukanlah yang terbaik dan efisien terhadap pelarutan selulosa. Sehingga kini, kajian kepada jenis pelarut dan mekanisme pelarutan masih menjadi topik utama penyelidikan. Selulosa yang terlarut pula boleh dijana semula kepada produk fizikal yang lain, contohnya hidrogel, aerogel, kriogel dan xerogel. Produk yang dijana semula daripada selulosa yang terlarut boleh diacukan kepada pelbagai bentuk yang mempunyai struktur tulang yang kuat dan bersifat hidrofilik, bioserasi dan terbiodegradasi. Potensi dalam aplikasi yang pelbagai serta terbukti sebagai alternatif kepada polimer sintetik menjadikan polimer semula jadi ini berpotensi besar dalam bidang sains dan teknologi. Maka, ulasan kajian terhadap selulosa, jenis pelarut serta produk yang dijana semula daripadanya menjadi fokus dalam penulisan makalah ini

    Similar works