'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Pilihan raya adalah medan penyampaian maklumat atau membangkitkan isu yang boleh
digunakan oleh parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Dalam proses menyakinkan
pengundi, parti politk dan calon akan menggunakan pelbagai strategi yang boleh menarik
minat pengundi supaya mengundi mereka. Isu yang dekat dihati dan diterima oleh pengundi
akan mendorong mereka memilih atau menolak calon yang bertanding. Isu-isu dalam suatu
pilihan raya sangat penting untuk diurus dan dimanipulasi oleh parti politik. Penerimaan
pengundi terhadap suatu isu akan membuka peluang kepada calon yang bertanding untuk
menang. Kajian ini menganlisis isu-isu yang digunakan oleh parti politik bagi meraih
sokongan pengundi Melayu di pinggir bandar. Isu Melayu-Islam, ekonomi, 1MDB, dan
kedaulatan raja-raja antara isu yang penting bagi pengundi Melayu. Kajian ini bertujuan
mengenal pasti tahap kedudukan penerimaan isu Melayu-Islam dalam kalangan pengundi
Melayu. Seterusnya kajian ini menganalisis penerimaan isu berasaskan umur, taraf
pendidikan dan perolehan pendapatan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Responden
kajian ini terdiri daripada pengundi Melayu di Dewan Undangan Negeri Semenyih yang
dipilih secara rawak mudah. Dapatan yang diperolehi melalui kajian ini menunjukkan bahawa
isu-isu Melayu-Islam secara dasarnya menarik minat pengundi Melayu dalam sesuatu
kempen pilihan raya. Bagaimanapun tahap penerimaan tersebut adalah berasaskan kepada
pemboleh ubah seperti umur, tahap pendidikan dan juga ekonomi seseorang. Sudut pandang
berbeza berasaskan latar belakang individu akan mengubah kedudukan tahap penerimaan
suatu isu dalam kempen pilihan raya