'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Masyarakat yang membangun dan bertamadun diyakini adalah masyarakat yang berbudaya. Budaya adalah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi serta mempunyai kebudayaan yang telah maju. Pembudayaan budaya organisasi Islam holistik adalah proses atau cara membudayakan sesuatu seperti pemikiran dan ilmu dalam konteks budaya organisasi Islam secara menyeluruh dan total. Integriti pula adalah prinsip kehidupan yang berpegang kepada kejujuran atau keadaan sempurna dan utuh. Prinsip integriti Islamiah pula memberi penekanan kepada kejujuran atau keadaan sempurna lagi utuh kepada aspek yang berkaitan dengan atau berasaskan agama Islam. Justeru, isu utama kajian ini ialah sejauh mana pembudayaan budaya organisasi Islam holistik yang didasari dengan aspek integriti Islamiah yang tinggi boleh menjadi formula untuk sebuah masyarakat yang membangun dan diredhoi. Objektif utama kajian ini adalah untuk memahami budaya organisasi Islam holistik. Objektif kedua ialah untuk meneliti sejauh mana pembudayaan budaya organisasi Islam holistik yang didasari dengan aspek integriti Islamiah yang tinggi boleh menjadi formula untuk sebuah masyarakat yang berbudaya dan bertamadun tinggi. Kajian ini adalah kajian konseptual yang merungkai konsep budaya organisasi Islam holistik dan konsep integriti Islamiah dan membina masyarakat dan tamadun yang cemerlang. Kajian menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Penemuan utama mendapati makna budaya organisasi Islam holistik adalah merangkumi aspek-aspek tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi serta mempunyai kebudayaan dari perspektif Islami. Penemuan kedua mendapati bahawa pembudayaan budaya organisasi Islam holistik yang didasari dengan aspek integriti Islamiah yang tinggi boleh menjadi formula untuk sebuah masyarakat yang berbudaya dan bertamadun. Kesimpulannya, kajian ini memperlihatkan bahawa pembudayaan budaya organisasi Islam holistik amat berperanan kepada orang Melayu dan bangsa Malaysia dalam mencapai matlamat bangsa bertamadun tinggi. Implikasinya, terdapat beberapa aspek cabaran ke arah kecapaian bangsa bertamadun tinggi berlandaskan syariah