Sistem saringan penyakit pterigium untuk imej mata terangkum hadapan

Abstract

Pterigium merupakan penyakit berkaitan mata yang melibatkan penumbuhan tisu menyelaputi kawasan kornea mata. Hal ini kebiasaannya menjejaskan individu yang menetap di kawasan Khatulistiwa seperti Malaysia dan terdedah kepada keadaan angin, radiasi ultraviolet atau debu yang berlebihan. Salah satu cara pengesanan pterigium secara konvensional adalah melalui kaedah saringan manual oleh pakar oftalmologi. Pterigium didiagnos selepas pemeriksaan fizikal mata dilakukan. Gambar mata diambil bagi tujuan memantau pertumbuhan tisu pterigium. Sekiranya perlu, ujian diagnostik khusus akan dilakukan terutamanya apabila pterigium menyelaputi kawasan kornea mata. Contohnya, topografi kornea akan digunakan untuk menandakan permukaan kornea bagi mengesan sebarang gangguan yang mungkin timbul seperti penumbuhan tisu pterigium yang semakin membesar. Pada pengetahuan kami, hanya sedikit sahaja penyelidikan yang melibatkan kaedah pemprosesan imej digital (PID) untuk mengesan penyakit berkaitan mata pada peringkat awal menggunakan imej mata terangkum hadapan (IMTH). Oleh itu, projek ini mencadangkan algoritma untuk mengesan penyakit pterigium menggunakan IMTH yang didapati daripada empat pangkalan data yang berbeza iaitu UBIRIS, MILES, RAFAEL dan QPEI. Sistem saringan yang dicadangkan terdiri daripada empat modul utama iaitu modul-modul pengumpulan data IMTH, peruasan kornea, penyarian fitur dan pengesanan pterigium. Melalui pengiraan nisbah jejari pada kawasan peruasan kornea menggunakan nilai ambang 1.00, keputusan pengesanan pterigium yang diperolehi adalah 90.60% Positif Benar (PB), 77.24% Negatif Benar (NB), 22.76% Positif Palsu (PP) dan 9.40% Negatif Palsu (NP)

    Similar works