Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan meneliti unsur adab dan tatacara kehidupan orang Melayu terdahulu
yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti jenis amalan adab yang
wujud dalam teks Hikayat Hang Tuah. Kajian ini menggunakan teori kajian budaya (cultural studies theory) sebagai
sokongan dan hujah. Teori ini mengkaji segala tindakan manusia memasuki dan membentuk masyarakatnya. Dapatan
kajian mendapati banyak unsur adab dalam kalangan masyarakat Melayu lama yang wujud dalam teks hikayat
tersebut. Unsur adab tersebut merangkumi adab masyarakat dalam bersosial. Unsur adab ini menepati kehendak prinsip
teori yang digunakan. Implikasi kajian ini adalah sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat, para pengkaji,
dan ilmuwan dalam meneliti kandungan penting dalam teks Hikayat Hang Tuah. Di samping itu, kajian ini juga boleh
dijadikan sebagai panduan kepada umum mengenai amalan adab orang Melayu terdahulu dalam kehidupan seharian