Metodologi Muhammad Sa’id Umar terhadap periwayatan hadith-hadith Asbab al-Nuzul dalam Tafsir Nurul Ihsan

Abstract

Tafsir Nurul Ihsan merupakan tafsir bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa’id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275H/1854 di kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbab al-Nuzul telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Oleh itu, satu kajian tahqiq terhadap Asbab al-Nuzul di dalam tafsir ini perlu dilakukan memandangkan riwayat-riwayat yang dikemukakan adalah data yang ditransformasi oleh penulis daripada hadith-hadith dan kitab-kitab tafsir yang lain yang tidak dijelaskan sumber pengambilan dan kedudukan serta tiada kritikan. Hasil kajian mendapati Muhammad Sa’id hanya merujuk dua kitab sahaja dalam menukilkan riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul iaitu Tafsir al-Jalalayn dan al-Futuhat al-Ilahiyyah atau lebih dikenali dengan Hashiah al-Jamal. Kajian ini juga mendapati terdapat 172 riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul, 68 daripadanya adalah sahih dan 104 adalah da’if. Selain itu, kajian ini juga telah mengesan terdapat riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul yang sahih yang tidak selaras dengan ayat-ayat al-Qur’an dan tidak sesuai untuk dijadikan sebab turun bagi sesuatu ayat al-Qur’an. Implikasi daripada kajian mendapati riwayatriwayat Asbab al-Nuzul yang da’if memberi kesan terhadap kredibiliti tafsir ini sebagai rujukan utama bagi para pelajar dan masyarakat dan mengurangkan keautoritiannya untuk dijadikan rujukan terhadap riwayat-riwayat yang lain

    Similar works