Brexit dan Referendum Keahlian Kesatuan Eropah 2016: implikasi terhadap landskap politik United Kingdom

Abstract

Artikel ini meneliti implikasi Brexit dan Referendum Keahlian Kesatuan Eropah (EU) 2016 terhadap lanskap politik United Kingdom. Perbincangan kajian meliputi sejarah perkembangan isu Brexit, latar belakang Referendum 2016 serta analisis keputusan pilihan pengundi dan beberapa isu politik post-truth yang menjadi perdebatan pasca referendum. Kajian dijalankan menggunakan kaedah pemerhatian langsung serta analisis dokumen primer dan sekunder seperti warta rasmi kerajaan, Hansard parlimen, laporan media dan badan penyelidikan bebas, kenyataan pemimpin politik dan penulisan ilmiah. Keputusan referendum memperlihatkan pendirian rakyat UK yang berbelah bahagi di mana 51.9 peratus pengundi memilih untuk UK meninggalkan keahlian EU dan menyokong kempen Brexit manakala 48.1 peratus mahu UK kekal sebagai ahli EU. Dapatan kajian menjelaskan terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kerencaman pola pengundian rakyat UK terhadap keputusan referendum iaitu perbezaan lokaliti dan demografi, jurang pendidikan dan tahap sosio-ekonomi, perbezaan pendirian pemimpin kanan parti politik utama di England dan Scotland serta pengaruh sentimen Euroscepticism, khusus terhadap polemik jumlah sumbangan tahunan UK kepada EU dan ancaman Islamisasi melalui penyertaan Turki sebagai ahli baharu EU. Kemenangan kempen Leave pasca Referendum 2016 meninggalkan dua kesan utama kepada lanskap politik UK. Pertama, berlaku peningkatan terhadap populariti dan aktivisme parti politik dan gerakan haluan kanan seperti UK Independence Party (UKIP), British National Party (BNP) dan English Defence League (EDL). Kedua, perkembangan politik populisme yang didorong oleh sentimen xenofobia dan Islamofobia dilihat semakin berleluasa sebagai kempen untuk menarik sokongan rakyat disamping turut menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah kebencian (hate-crime) yang disasarkan kepada golongan minoriti dan imigran

    Similar works