Sifat-sifat mekanik dan terma nanokomposit asid polilaktik/cecair getah asli/polianilina diperkukuh berpenguat grafin pada kandungan rendah

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kesan penambahan bahan pengisi grafin berplat nano (GNP) ke atas sifat mekanik dan terma bagi nanokomposit polilaktik asid (PLA)/cecair getah asli (LNR)/polianilina (PANI). Nanokomposit PLA/LNR/PANI berpengisi GNP disediakan melalui kaedah adunan leburan dengan menggunakan mesin pengadun dalaman. Tahap pengisian kandungan bahan pengisi GNP dipelbagaikan daripada 0.2 sehingga 1.0 % bt. Spesimen yang telah dicirikan melalui ujian mekanik serta analisis termogravimetri (TGA), kalorimetri imbasan pembezaan (DSC) dan kekonduksian terma (TCA) menunjukkan peningkatan sifat yang positif dengan penambahan GNP pada kandungan rendah dalam matriks polimer. Keputusan sifat regangan, hentaman dan kestabilan terma menyatakan kandungan optimum dicapai pada 0.4 % bt. Berdasarkan ujian lenturan dan TCA pula, peningkatan optimum masing-masing didapati pada kandungan yang berbeza iaitu 0.6 dan 0.8 % bt. GNP

    Similar works