'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Kajian ini bertujuan memahami klimatologi kitaran hujan diurnal dan mekanismanya di Semenanjung Malaysia
berdasarkan analisis data cerapan. Analisis jumlah, kekerapan dan keamatan hujan diurnal memperlihatkan 4 peristiwa
hujan diurnal yang utama, iaitu: kejadian hujan petang maksimum semasa musim peralihan monsun di kaki bukit
Banjaran Titiwangsa adalah lebat dan sering berlaku; kejadian hujan sepanjang hari di pantai timur semenanjung (subrantauan
PT) semasa monsun timur laut adalah lebat dan sering berlaku; kejadian hujan pada pagi di lembah-pedalaman
semenanjung (sub-rantauan LP) semasa monsun timur laut adalah rendah walaupun hujan lebat sering berlaku pada
petangnya; dan kejadian hujan pagi maksimum di pantai barat semenanjung (sub-rantauan PB) semasa Jun-Julai-OgosSeptember-Oktober-November
(JJOSON) merupakan kejadian hujan yang melampau namun kekerapannya adalah rendah.
Di sub-rantauan PB, kelajuan angin permukaan yang kuat berbanding lemah pada aras troposfera yang lebih tinggi
semasa musim peralihan monsun menyebabkan ricih angin bergerak ke atas. Sebaliknya, kombinasi angin monsun dan
bayu laut semasa monsun barat daya menyebabkan ricih angin bergerak ke troposfera bawah. Semasa monsun timur
laut, luluran angin sejuk dan bayu laut menyebabkan kelajuan angin adalah kuat pada permukaan sehingga ke aras 2
km tinggi di timur semenanjung. Ini menyebabkan zon perolakan yang tertumpu di sub-rantauan PT pada pagi meluas
sehingga ke sub-rantauan LP pada waktu petang