Hubungan Asean-Sino: antara order Asia atau dilema “China’s Rise”

Abstract

Di Asia Timur, hubungan antara China dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) semakin berkembang. Walaupun terdapat perbezaan, hubungan antara kedua-dua pihak ini telah melihat peningkatan yang ketara sepanjang dekad yang lalu, terutamanya apabila dibandingkan dengan ketidaksefahaman yang pernah timbul dalam hubungan tersebut.Berdasarkan sumber primer dan sekunder, kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana hubungan dua hala ASEAN-China mampu membentuk kerjasama dalam konteks politik, keselamatan dan ekonomi selain mengupas mengenai strategi kedua pihak dalam mengendalikan isu-isu strategik seperti persepsi China’s Threat,hubungan Ekonomi ASEAN-China, latar belakang hubungan dua hala Asean-China dan sebagainya. Justeru, bagi mendalami kefahaman mengenai perkara pokok kajian ini, beberapa aspek turut dibincangkan antaranya latar belakang hubungan dua hala ASEAN-China dan penglibatan China dalam multilateral ASEAN. Di samping itu, kajian ini juga turut membuat analisis hubungan dua hala kedua pihak. Kertas kajian ini mendapati bahawa melalui penglibatan dalam beberapa siri dialog multilateral, China berubah dari curiga dan beransur-ansur menerima idea kerjasama keselamatan dan multilateralism. Walaubagaimanpun, interpretasi multilateralism China adalah terhad, kerana mereka menganggapnya sebagai tambahan, berbanding dengan perdekatan Bilateral Tradisional. China juga menentang institusi formal ASEAN Regional Forum (ARF), seperti yang diinginkan oleh Negara Barat. Beijing selesa dengan pemahaman bahawa ASEAN adalah pemandu terhadap forum tersebut dan tidak akan menyentuh isu penting di China

    Similar works