Tingkah laku pesakit histeria menurut perspektif perubatan Ruqyah Shar‘iyyah

Abstract

Histeria merupakan gejala yang sukar ditentukan sama ada berpunca daripada gangguan psikologi atau rasukan jin. Justeru kajian ini bertujuan untuk membezakan antara tingkah laku pesakit histeria rasukan jin dengan tingkah laku pesakit histeria gangguan psikologi menurut perspektif perubatan Ruqyah Shar‘iyyah. Temu bual dan pemerhatian dilakukan terhadap pesakit dan perawat Ruqyah Shar‘iyyah di pusat perubatan tradisional Islam Darussyifa’ dan Darussalam yang bertempat di Bangi dan Gombak, Selangor Darul Ehsan. Kajian kes kualitatif telah dipilih sebagai reka bentuk kajian. Analisis tema dilakukan dengan menggunakan perisian Atlas ti. 7. Pengesahan pakar diperoleh melalui tahap bacaan Cohen Kappa pada setiap tema kajian. Dapatan kajian menunjukkan tingkah laku pesakit histeria seperti agresif dan bertutur bahasa asing terzahir sebagai reaksi semasa pesakit sedang menjalani perubatan Ruqyah Shar‘iyyah. Tingkah laku pesakit yang tidak agresif, tidak lagi berkomunikasi dengan bahasa pelik, bertenaga dan rajin dalam melakukan ibadat dan menjalani urusan harian merupakan kesan selepas pesakit menjalani perubatan tersebut. Purata bacaan Cohen Kappa adalah sebanyak 0.66 iaitu, mencapai tahap tinggi. Sebagai kesimpulan, perbezaan antara simptom daripada dua jenis histeria tersebut diperoleh melalui reaksi semasa perubatan Ruqyah Shar‘iyyah dan kesan selepas perubatan tersebut dijalankan ke atas pesakit

    Similar works