Taburan geokimia unsur sedimen kuaterner laut cetek muara Sungai Kelantan hingga ke pelantar Laut China Selatan, Semenanjung Malaysia

Abstract

Analisis geokimia menggunakan kaedah ICP-MS menunjukkan taburan geokimia unsur di kawasan kajian dipengaruhi oleh dua asalan sedimen berbeza iaitu daripada marin dan daratan. Unsur Ca dan Mg dikenal pasti sebagai unsur marin, manakala unsur Al, Fe, Mn, Na, Cu, Cr, Zn dan Ni dikenal pasti sebagai unsur daratan. Unsur Ca dan Mg dikenal pasti terhasil daripada proses penyahkapuran rangka dan hidupan marin seperti cengkerang moluska dan foraminifera. Unsur benua berasal daripada granit dari Gunung Korbu dan Gunung Stong yang disaliri oleh Sungai Nenggiri dan Sungai Galas, serta batuan argilit arenit yang berasal dari bahagian selatan dan tenggara Negeri Kelantan dari Gunung Cintawangsa dan Gunung Stong dan disaliri oleh Sungai Lebir dan Sungai Galas. Unsur daripada batuan induk membebaskan unsur kimia semasa luluhawa kimia dan telah dijerap oleh cas-cas negatif pada permukaan sedimen halus seperti lempung dan lodak sebelum dimendapkan bersama di dalam kawasan kajian

    Similar works