Penilaian kualiti penyampaian perkhidmatan pasca siswazah: satu kajian di sebuah universiti awam

Abstract

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merupakan salah sebuah universiti penyelidikan yang menitik berat kualiti perkhidmatan kepada pelajar pasca siswazah. Justeru, keperluan pelajar pasca siswazah terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan perlu diukur bagi mencermin iltizam UKM untuk menjadi antara universiti penyelidikan terbaik di negara ini. Kualiti penyampaian perkhidmatan dan kepuasan pelajar menjadi tunggak keberkesanan universiti. Kualiti penyampaian perkhidmatan yang ditawar kepada pelajar merupakan pembeza utama antara satu universiti dengan universiti yang lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kualiti perkhidmatan yang melibatkan aspek fizikal sedia ada di UKM. Tinjauan menerusi soal selidik telah digunakan bagi pengumpulan data. Soal selidik telah diedarkan di kalangan 327 orang pelajar pasca siswazah UKM aliran sains. Kajian ini memberi fokus terhadap tiga penyampaian perkhidmatan fizikal iaitu perpustakaan, pusat kesihatan dan hal-ehwal siswazah. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan pelajar pasca siswazah terhadap perkhidmatan perpustakaan (min = 3.96), hal ehwal siswazah (3.68) dan pusat kesihatan adalah (3.95) yang berada pada tahap baik. Sementara itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan signifiken terhadap perkhidmatan hal ehwal siswazah antara pelajar pasca siswazah tempatan dan antarabangsa (nilai-p < 0.05). Secara umumnya, dapatan ini menggambarkan pelajar berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan

    Similar works