'Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)'
Abstract
Kebanyakan negara di Timur Tengah mengalami kekurangan air berterusan.
Keadaan ini dirasai di Israel, Jordan dan Palestin. Hal ini semakin buruk akibat
penurunan rizab air kerana pencemaran dan perubahan iklim, serta pertumbuhan
penduduk dan peningkatan permintaan air. Kerjasama berdasarkan pengurusan
mampan, penggunaan teknologi canggih untuk kegunaan air yang cekap, dan
pembangunan sumber air baru boleh membantu menyelesaikan masalah kekurangan
air di rantau ini secara keseluruhannya. Penyelesaian masalah kekurangan air dengan
mengorbankan pihak yang berkongsi sumber air yang sama tidak boleh diterima dan
hanya akan meningkatkan ketegangan dan kesukaran. Tujuan dokumen ini adalah
untuk menganalisis isu air di antara Israel dan Palestin, serta menyatakan prinsip
kedua-dua pihak untuk menangani masalah kekurangan bekalan air. Sektor air Israel
dan Palestin juga turut dipersembahkan bersama-sama dengan analisis menurut
undang-undang antarabangsa