research

Kebolehpercayaan & kesahan soal selidik kelewatan dalam projek pembinaan menggunakan model pengukuran Rasch

Abstract

Industri pembinaan ialah salah satu industri yang berperanan dalam memacu ekonomi serta menjana pekerjaan dan kekayaan negara. Walau bagaimanapun, kelewatan dalam projek pembinaan merupakan satu fenomena global yang berlaku hampir di setiap negara sekaligus membantut kelangsungan pembangunan sesebuah negara. Terdapat pelbagai kajian kelewatan dalam projek pembinaan yang melibatkan pembinaan soal selidik telah dijalankan oleh penyelidik di seluruh dunia. Kebolehpercayaan dan kesahan sesebuah dapatan soal selidik perlu disemak terlebih dahulu bagi memastikan keberkesanan soal selidik yang dijalankan. Ia adalah bagi mendapatkan analisis tepat dan data yang diperoleh dapat digunakan. Matlamat penyelidikan ini ialah untuk mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik kelewatan dalam projek pembinaan menggunakan model pengukuran Rasch. Bagi tujuan penganalisisan data, penyelidikan ini menggunakan perisian Winstep yang berasaskan pengukuran Rasch. Selain kebolehpercayaan berdasarkan Cronbach alpha Model Pengukuran Rasch dapat memberi nilai kebolehpercayaan responden dan item soal selidik. Kesahan data dinilai dari pelbagai aspek kesesuaian item dan responden, prinsipal komponen analisis dan skala rating. Sebanyak 54 daripada 64 item kelewatan telah dikenal pasti menyumbang kepada kelewatan dalam projek pembinaan di Malaysia

    Similar works