research

Perancangan kewangan dan aplikasi teori tingkah laku kewangan dan teori keperluan Maslow: kajian kes KWSP di Malaysia

Abstract

Tingkah laku membuat keputusan merupakan proses yang kompleks dan memerlukan analisis pelbagai faktor. Tingkah laku kewangan juga bergantung kepada objektif perancangan kewangan. Maka, permahaman dan perbincangan aplikasi teori tingkah laku kewangan dan teori keperluan dalam perancangan kewangan adalah penting. Perbincangan ini dijalankan kerana kurang perbincangan formal dalam aspek perancangan kewangan. Perbincangan ini focus dalam tingkah laku kewangan di kalangan ahli-ahli skim Kumpulan Wang Skim Persaraan (KWSP). Perbincangan kajian ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu perancangan kewangan, aplikasi teori-teori tingkah laku kewangan, dan Teori Keperluan Maslow (TKM). Pertama, perancangan kewangan dibincang dari aspek pengeluaran pra-persaraan skim KWSP. Pengeluaran pra-persaraan yang berkaitan ialah perancangan pelaburan dan pembiayaan perumahan. Kedua, Teori Jangkaan-Utiliti (TJU) dan Teori Prospek (TP) merupakan teori tingkah laku yang berlainan dalam pemilihan individu. TJU menyifatkan pemilihan rasional, manakala TP menyifatkan pemilihan alternatif. Kemudian, pemilihan pengeluaran pra-persaraan dibincangkan dalam aplikasi dalam kedua-dua perancangan ini dalam TJU dan TP. Ketiga, pemilihan pengeluaran pra-persaraan tersebut dibahagikan kepada empat pilihan, iaitu terus kekal skim KWSP, pembiayaan perumahan, pelaburan dan kedua-dua. Kemudian, keempat-empat pemilihan dibincangkan dalam TKM. Kajian terhadap implikasi teori menunjukkan bukti aplikasi teori-teori tingkah laku kewangan wujud dalam perancangan kewangan. Dengan pemahanan ini, mampu membantu institusi kewangan lebih memahami tingkah laku individual. Seterusnya, membentuk model pemasaran yang lebih cekap

    Similar works